Ujian Psikometrik Vs Ujian Pendidikan Moral

Sebenarnya, ramai lagi calon tak boleh membezakan antara ujian psikometrik dengan ujian pendidikan moral. Boleh saya katakan bahawa ujian ni hampir sama. Cuma berbeza daripada perlaksanaan sahaja.

Cikgu Khairul


Soalan 1: Saya akan menerima teguran orang lain sekiranya ada bukti yang menyokong.


A. Ya
B. Tidak


Jika pernyataan ini dinilai daripada sudut moral, memang jawapan YA adalah yang terbaik. Tapi berlainan pula jika pernyataan ini dinilai daripada sudut psikometrik.

Anda sokong pun ada nilai positif, anda bangkang pun ada nilai positif.

Andaikata anda sokong pernyataan ini dengan memilih jawapan YA. Itu jelas menunjukkan anda mempunyai sikap keterbukaan. Salah satu ciri-ciri individu yang bersikap terbuka ini ialah mereka berlapang dada dalam menerima pendapat orang lain.

Tapi, ianya tak terhenti dekat situ saja. Fungsi lain ujian psikometrik ialah hendak membuktikan bahawa adakah sikap keterbukaan itu betul-betul wujud dalam diri anda ataupun anda sekadar buat-buat ada.

Jadi, macam mana ujian psikometrik ini nak tahu sesuatu sikap tu betul-betul wujud dalam diri anda?

Caranya mudah saja. Melalui pertanyaan yang berulang. Akan ada 10 lagi soalan berkaitan dengan sikap keterbukaan akan ditanyakan kepada anda. Jika pendirian anda tetap pada sikap keterbukaan, itu bermaksud sikap keterbukaan itu betul-betul wujud dalam diri anda.

Macam mana pula kalau pendirian tu tak tetap?

Itu sudah cukup memberi isyarat kepada pihak SPA bahawa anda cuba untuk mengada-adakan sikap tu dalam diri anda. Psikologi seorang yang menipu, mereka ini tak mempunyai pendirian yang tetap. Sekejap sokong itu, sekejap sokong ini.

Cuba anda letakkan diri anda sebagai seorang majikan, sanggupkan anda mahu mengambil individu yang suka menipu ini sebagai pekerja anda? Saya yakin jawapan anda tak sanggup kan? Kalau anda nak tahu, sikap kejujuran ini merupakan salah satu elemen dalam integriti.

Tak jujur = Tak ada integriti.

Dan integriti itu pula perkara yang paling penting dalam menjadi kakitangan kerajaan.

Ini pula contoh soalan yang akan menguji sejauh mana pendirian anda terhadap sikap keterbukaan.

Soalan 2: Saya akan menerima keputusan ahli kumpulan walaupun keputusan itu bakal menggagalkan matlamat utama kumpulan.


A. Ya
B. Tidak


Jika anda sokong, terbukti anda seorang yang bersikap terbuka. Jika anda membangkang pula, itu menunjukkan anda seorang yang bersikap analitikal. Individu yang bersikap analitikal lebih berhati-hati dan tak terburu-buru dalam mengambil sesuatu keputusan. Mereka sentiasa tenang dengan menilai setiap keputusan daripada sudut baik dan buruk.

Adakah pendirian anda masih lagi pada sikap keterbukaan? Ataupun anda sudah bertukar pendirian? Nampak tak macam mana soalan psikometrik ini berjaya mengganggu pendirian dalam diri anda?

Kalau anda nak tahu, inilah punca kenapa ramai calon ujian psikometrik gagal dalam ujian ni. Mereka gagal bukan sebab mereka ni bersikap negatif, tapi mereka gagal disebabkan mereka tidak mempunyai pendirian yang tetap. Kerana tiada pendirian inilah menyebabkan pihak SPA boleh tahu calon tu sedang menipu ataupun tidak ketika menjawab ujian.

Tak ada pendirian = Jawapan banyak bercanggah dengan jawapan yang lain.


Anda Mahukan Lagi Soalan & Huraian Jawapan Seperti Ini?


Saya syorkan anda untuk baca rujukan psikometrik ini. Terdapat 200 soalan berserta huraian jawapan lengkap dikongsikan dalam buku ini. Mudah anda nak tahu sikap apa yang cuba dicungkil disebalik setiap soalan.

Sila klik butang di bawah untuk download buku ini sekarang.


Apa Kata Mereka?

Calon ini beritahu dia pernah ambil ujian psikometrik sebelum ini, tapi gagal kerana tak tahu teknik menjawab yang sebenar. Untuk ujian kali kedua, dia ambil keputusan untuk membaca rujukan psikometrik Tim Infokerjaya.

Alhamdullillah, dia lulus ujian tu dan tunggu panggilan untuk temuduga pada bulan depan.