Asyik Gagal Ujian Psikometrik?
Jawab Jujur Pun Gagal, Jawab Tak Jujur Pun Gagal. Tak Tahu Dah Nak Jawab Macam Mana Lagi...



Cikgu Khairul
Ramai calon mengeluh, apa yang sebenarnya pihak SPA mahukan daripada ujian psikometrik ini? Ada calon dah ambil ujian sampai 10 kali pun masih gagal. Jawab jujur pun gagal, jawab tipu-tipu pun masih gagal juga.
Konsepnya mudah. Pihak SPA hanya memilih calon yang boleh melaksanakan tanggungjawab sekiranya mereka dilantik nanti. Kaedah yang SPA gunakan ialah dengan mencari calon yang berpewatakan bersesuaian dengan perwatakan jawatan.
Sekiranya ketua jabatan mahukan calon berperwatakan mudah mesra dengan orang lain, tapi anda pula tonjolkan perwatakan tegas. Maka, gagal lah anda untuk ujian kali ini. Anda gagal bukan disebabkan anda bersikap negatif, tapi anda gagal disebabkan perwatakan anda tidak selari dengan perwatakan jawatan.
Di bawah ini merupakan contoh soalan yang digunakan untuk mengenali seseorang calon itu mempunyai sikap suka bergaul ataupun tidak.
Soalan 1: Saya mengambil peluang mengenali seberapa ramai peserta dalam sesuatu majlis.
A. Ya
B. Tidak
Soalan ini digunakan untuk mengenali perwatakan individu yang bersikap mudah mesra dengan orang lain. Dengan menyokong pernyataan ini, itu membuktikan anda mempunyai sikap yang dicari ataupun tidak.
Untuk persediaan ujian yang bakal tiba nanti, saya highly recommended kepada anda untuk baca satu rujukan psikometrik ini.

Sila klik butang di bawah ini untuk baca.